Isu pertama ialah betapa perlunya kita melihat semua dimensi globalisasi kontemporari sebagai relevan dan penting kepada masyarakat dan negara kita. Di sini kita menyenaraikan kesemua dimensi globalisasi yang dapat dikenalpasti supaya gambaran menyeluruh diperolehi tentang globalisasi. Seterusnya kita akan meneliti sifat dan ciri-ciri setiap dimensi dan apa pentingnya dimensi berkenaan kepada negara ini. Setiap dimensi boleh dilihat dan diterokai sama ada secara berasingan dan terpisah daripada dimensi-dimensi lain atau pun dilihat secara interaktif dan kait mengait antara satu sama lain. Tetapi kepentingan masing-masing dimensi haruslah diakui.
Isu kedua ialah perlunya kita memberi perhatian kepada sifat hubungan antara globaliasi dan peradaban. Peradaban yang kuat dan cergas lagi dinamik boleh mencetuskan serta mencorakkan globalisasi. Sebaliknya pula globalisasi boleh meninggalkan kesan yang positif dan juga negatif ke atas peradaban. Dinamika interaksi antara peradaban dan globalisasi memang perlu dikaji dan difahami dengan mendalam kerana dampaknya tidak semestinya dapat dilihat dan dirasai dengan serta merta. Kajian ini adalah perlu demi mempertahankan peradaban kita daripada serangan unsur-unsur negative globalisasi kontemporari sebelum pun kita sempat meraih manfaat daripada unsur-unsur positifnya. Berdasarkan pengalaman silam yang diperkukuhkan pula dengan kajian ilmiah seperti ini adalah diharapkan kita akan dapat meramalkan trend-trend baru dalam globalisasi yang boleh meninggalkan kesan berpanjangan terhadap peradaban kita. Seterusnya kita akan dapat mengambil langkah-langkah jangka panjang untuk membendung trend-trend yang negatif.
cabaran kontemporari dan globalisasi tamadun china
Dari sudut pandangan tamadun Islam, yang lebih menepati hakikat sejarah dunia, sejarah globalisasi bermula lebih awal lagi, iaitu beberapa kurun lebih awal dari permulaan penjajahan Barat. Dalam bahagian berikutnya nanti, akan disentuh sedikit tentang peranan peradaban Islam sebagai pencetus dan penggerak gelombang pertama globalisasi yang pernah disaksikan oleh dunia. Apa pentingnya kita meninjau latarbelakang sejarah globalisasi dan menoleh jauh ke belakang dalam sejarah hingga ke zaman tamadun Islam menguasai dunia? Sebenarnya ada kerelevanannya. Kita akan dapat memaparkan beberapa perbezaan utama antara roh dan semangat globalisasi yang telah dikuasai oleh peradaban Islam dan roh dan semangat peradaban yang telah dicetuskan dan dikuasai oleh peradaban Barat sama ada dalam era penjajahan atau dalam zaman kontemporari. Dalam menyentuh isu-isu globalisasi yang lain juga akan kami mengambil pendekatan perbandingan peradaban.
Keempat-empat dimensi globalisasi kontemporari yang hendak dibincangkan juga terdapat pada globalisasi zaman Islam. Tetapi ciri-ciri globalisasi banyak berubah sesuai dengan perubahan zaman. Misalnya, ciri kepesatan, ciri kesaling bergantungan, ciri keluasan dan ciri kepantasan. Berbanding dengan zaman-zaman lepas, pengaliran objek-objek pada zaman sekarang jauh lebih laju, lebih meluas dan melibatkan jenis dan kuantiti objek yang lebih banyak. Lihat sahaja kepada barang-barang ekonomi yang membanjiri pasaran dunia. Bidang-bidang utama aktiviti manusia tadi semakin maju dengan kewujudan sub bidang yang semakin bertambah dan berkembang dan bidang-bidang ini semakin kait mengait dan saling bergantung. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Gelombang globalisasi pada zaman moden lebih besar, kuat dan laju daripada gelombang globalisasi dalam era Islam. Tetapi gelombang globalisasi zaman pasca moden lebih besar lagi, lebih perkasa dan lebih pantas lagi jika dibandingkan dengan gelombang globalisasi zaman moden.
Dalam bahagian yang berikut, satu tinjauan ringkas akan dibuat terhadap globalisasi dalam dua era yang lepas, iaitu era Islam dan era penjajahan Barat, dengan tujuan untuk mendapatkan sedikit gambaran dampak masing-masing ke atas peradaban. Kemudian, dampak kedua-dua gelombang globalisasi ini boleh dibandingkan dengan kesan dan dampak yang mungkin didatangkan oleh globalisasi kontemporari.
Di samping mempunyai semangat globalisme, Islam juga mempunyai institusi yang berperanan besar dalam meniupkan roh globalisasi di sepanjang zaman. Institusi haji merupakan agen terpenting globalisasi dalam peradaban Islam. Peranan institusi ini memang unik. Ia mencetuskan dan menggerakkan globalisasi dalam berbagai-bagai bidang termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu pengetahuan dan globalisasi politik. Oleh kerana institusi ini kekal sifatnya, maka peranannya sebagai agen terpenting globalisasi dalam Islam juga berkekalan. Hari ini pun, pada ketika dunia Islam tidak bermaya menghadapi cabaran globalisasi kontemporari, institusi hajilah satu-satunya institusi yang dapat menjamin semangat globalisme akan terus dihayati oleh dunia Islam.
Tinjauan ringkas globalisasi era Islam ini sekadar untuk menekankan dua perkara. Pertama, Islam adalah pencetus gelombang pertama globalisasi yang mendominasi dunia hingga ke akhir kurun kelimabelas Masehi. Kedua, pengaruh dan dampak globalisasi era Islam ke atas alam Melayu adalah begitu besar sehingga terbentuk suatu peradaban baru yang layak dipanggil peradaban Melayu-Islam. Pengalaman beberapa kurun dunia Melayu dalam menerima pengaruh dan kesan globalisasi Islam boleh dijadikan panduan berguna kepada kita untuk menghadapi cabaran globalisasi kontemporari dan seterusnya untuk mentaksirkan dan menilai pengaruh dan kesannya ke atas peradaban Malaysia.
Banyak pihak di dunia telah dan sedang menilai buruk baiknya globalisasi kontemporari, terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi tetapi senarai keburukannya lebih panjang, iaitu sebanyak tiga belas keburukan.11 Walaupun perkiraan kuantiti tidak semestinya boleh disamakan dengan pertimbangan kualiti dalam menilai globalisasi, namun banyak pihak berpendapat bahawa globalisasi mendatangkan lebih banyak keburukan kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan. Menurut Chandra, lapan aspek positif globalisasi ialah (1) peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara, (2) peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah, (3) peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat, (4) komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah, (5) peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi, (6) peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia, (7) penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan akhir sekali (8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
Pada pendapat kami, senarai buruk baik globalisasi yang diberikan oleh Chandra ini sudah cukup komprehensif, khususnya bagi tujuan untuk digunasuaikan dalam perbincangan di sini. Tugas kami ialah untuk menilai aspek-aspek baik dan aspek-aspek buruk globalisasi kontemporari dari perspektif peradaban. Telah kami tegaskan sebelum ini bahawa perspektif peradaban adalah perspektif jangka panjang. Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isu-isu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya. Juga perspektif peradaban lebih mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik budaya politik mahu pun budaya intelektual. Kita sedia maklum bahawa peradaban Islam merupakan teras peradaban Malaysia. Kita mengambil kira fakta ini dalam kita menilai implikasi globalisasi kontemporari kepada proses pembentukan peradaban di negara ini. Kita juga percaya bahawa oleh kerana perspektif Islam yang hendak digunakan adalah perspektif universal, maka pertimbangan-pertimbangan yang dibuat seharusnya dapat diterima oleh agama-agama lain di Malaysia.
Merujuk kepada globalisasi politik, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran ide-ide seperti demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita. Yang nyatanya, wacana tentang ide-ide tersebut perlu dipertingkatkan. Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia. Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik.
priemaur 19191a764c -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-china[ -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-china ][ -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-china ][ -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-china ]link= -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-chinalink= -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-chinalink= -kontemporari-dan-globalisasi-tamadun-china
Kursus ini membincangkan ilmu ketamadunan yang meliputi pengenalan ilmu ketamadunan, perkembangan dan interaksi ketamadunan dalam Tamadun Islam, Melayu, Cina, India, serta isu ketamadunan kontemporari dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman mengenai setiap elemen tersebut dan implikasinya terhadap proses pembangunan negara. Selain itu, perbincangan dan perbahasan dalam kursus ini turut berperanan dalam usaha melahirkan pelajar yang mengetahui warisan sejarah negara, memupuk nilai murni, mempunyai jati diri kebangsaan dan menghargai kepelbagaian.
Prof. Dr. Osman Bakar juga seorang yang aktif menulis dan menerbitkan buku dan makalah berkaitan falsafah Islam dan falsafah sains, Islam kontemporari, dialog antara-agama dan antara-tamadun. Buku hasil tulisannya yang terkenal ialah Tawhid and Science (1991). Sebelum itu, buku Tawhid and Science ini telah diterbitkan di United Kingdom pada tahun 1989 dengan tajuk The History and Philosopy of Islamic Science. 2ff7e9595c
Comments